RSS

Port Dickson (Muzium Lukut)

Travelog Rushdan  Munirah 
12-13 September 2015
Port Dickson 
NEGERI SEMBILAN


Al Kisah
Pagi2 dapat surprise, Mr ruru minta kemaskan beg.. "Arh? Nak gi mane? Tido kat sane ke?"... Yeay, ke nogori la kite!! 
Bertolak dalam kul 10pagi dari Bandar Saujana Putra (BSP), lalu ELITE highway, dan exit KLIA, lalu jalan dalam, so far ok, tak jem... Estimated time to arrive lebih kurang je if guna direct highway exit di port dickson, kami pilih jalan dalam, boleh tgk suasana setempat:):)


Hari pertama di PD, sempat cover Muzium Lukut, Rumah Terbalik Port Dickson & PD  Ostrich &  Herbal Farm

DAY 1
MUZIUM LUKUT @ KOTA LUKUT





Entrance Fee: FREE OF CHARGE
Operation Hour: 9AM-6PM
Location: If datang dari seremban ke port dickson melalui jalan dalam, exit ke muzium sebelah kanan tepi Shell petrol station, masuk dalam 200metre,sampai ke muzium. 
ATAU type je kat WAZE : Muzium Lukut 
ATAU type address: Lot 730, Kota Lukut 70100 Port Dickson.



Apa yang menarik:
General review: 
Muzium ini banyak mempamerkan barang2 ratusan tahun dan sejarah kegemilangan lukut, dipimpin oleh pembesar2 yang menpunyai strategi pemerintahan sendiri. Tersohor dengan aktiviti pelombongan dan eksport biji timah, menaikkan nama Lukut.  Menarik dapat tahu sejarah lukut ni(sbb dah pernah belajar dalam subjek Sejarah zaman sekolah dulu). 

Mula-mula sampai:
Meriam yang dijumpai kerajaan Malaysia



Info dari Majlis Perbandaran Port Dickson:

"Muzium lukut mempamerkan sejarah kegemilangan Lukut pada awal kurun ke-19. Pada waktu itu ia terletak di Daerah Sungai Ujong (Negeri Sembilan) pada tahun 1880.

Ia dibina berdasarkan reka bentuk Istana Melayu Bugis yang menjadi lambang kebanggaan Senireka Melayu. Muzium ini terbahagi kepada 4 galeri:

1. Galeri Sejarah Kegemilangan Lukut
2. Galeri Nassau
3. Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional
4. Galeri Negeri Sembilan Beradat

Pada awal kurun ke-19 perdagangan bijih timah sangat menggalakkan, dan dieksport sama ada melalui Pelabuhan Melaka, Singapura dan Port Swettenham (Port Kelang). Pada tahun 1815 Raja Busu anak kepada Raja Muhammad, Sultan Selangor ke-3 yang memerintah dari tahun 1826 - 1858 memerintah di Lukut mengambil keputusan untuk mengeksport bijih timah yang dilombong di daerah Seremban dan Lukut melalui pelabuhan Lukut. Dalam satu pergaduhan antara pelombong-pelombong bijih timah kaum Cina, Raja Busu dibunuh pada tahun 1834, akibat pembuuhan itu Keadaan masyarat menjadi kucar kacir dan pelombong- pelombong bijih lari meninggalkan Lukut.
Pada tahun 1846 Raja Muhammad melantik Raja Jumaat bin Raja Jaafar dari Riau (menantu baginda) untuk menguatkan pemerintahannya, bagi membina sebuah kota yang dinamakan Kota Lukut. Kota Lukut dibina pada 1840an dengan ukuran 607 kaki panjang, 505 kaki lebar dengan parit di sekitar sedalam 15 kaki, di dalamnya didirikan sebuah istana dan dua buah perigi. Sebuah di bahagian luar dikenali sebagai Perigi Beracun. Di dalam pemerintahan Raja Jumaat, pembangunan Lukut menjadi bertambah maju dan makmur."



Catatan Mr Ruru &  muni_Aab:):)
"Mengambil Iktibar dari Sejarah, mwnjadikna diri lebih baik"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment