Salam,
Trip kali ni kita ke
Guangzhou China. Trip ni sebelum kahwin dengan Mr Ruru, dan pergi dgn 6 adik
beradik bersama ipar dan anak saudara, kira trip besar la ni. Trip ke China
kali ni discover 3 areas di China, iaitu Guangzhou, Shenzhen dan Hong
Kong.
Ok, untuk entry ni,
cuma nak cerita mengenai Canton Tower. kalo ikut trip planing, Canton Tower tak
termasuk dalam senarai, asalnya nak pergi cruise dengan
feri di sungai Guangzhou waktu malam, sbb Bandar Guangzhou dihiasi lampu2 warna
warni gitu, tapi entah macam mana, 5 buah teksi yang kami anak beranak naik
masa tu, satu je teksi hantar ke tempat yg betul, yang lain semua drop dekat
Canton Tower. semua dah gabra masa tu, ya la, mereka x faham English, kita nak
explain kot bahasa mereka pun xtahu, sbb kami just tunjuk satu small paper yg ditulis dgn
tempat yang kami nak pergi dalam bahasa cina (yang tulis nama tempat tu kawan
abng cik mun, Chinese girl di China). xtahu la salah faham ke,
apa yg silap....tapi Alhamdulillah di drop di tempat yang 'salah' tu, sbb
tempat ni super amazing, Canton Tower..... skyscraper ala2 KL Tower, tapi luaran satu building sentiasa tukar2 colour, cantik!!! dan
dari atas tower, dapat view bandar Guangzhou yg warna warni 360degree....view
dari atas, amazing!!.. sbb tu orng kata, setiap apa yg berlaku ada hikmahnya,
inilah dia...ceiwah :):)
Canton Tower
Former name : Guangzhou TV Astronomical and Sightseeing Tower
Tall : 600m-high with 2000 ft
Location : Haizhu District of Guangzhou, Guangdong, China
Additional info : Tallest structure in China and the Fourth-tallest freestanding structure in the world
(Source: Wikipedia)
WE HAVE BEEN HERE:)
Ini la Canton Tower yang bangunannya tukar2 warna....view yang indah di malam hari...:)
some of my Beloved family, ada lagi yg xmasuk gambar :)
Di atas cik
mun cerita macam mana kami boleh sampai sini, ni nak cerita kisah nak pulang ke
hotel....kami antara orang terakhir yang check
out dari Canton tower ni, ya
la, kononnye nak maximumkan masa didalam, kuar2 dah nak habis pun operation
hour. malam itu, hujan yang begitu lebat mencurahi bumi, haa, time tu lah juga
susahnya nak dapat teksi nak balik hotel, kami perlukan 5 teksi untuk pulang,
tapi yang dapat hanya 2 atau 3 je, lupe dah,pastu yang selebihnya, dalam 8
orang gitu, terpinga2 nak balik dengan apa....last2, kami tumpang naik van yang
jual souvenir di bahagian bawah Canton Tower ni...van ni agakla kecik, nak
tumpangkan kami 10 orang dewasa plus mereka 2orang suami isteri...berhimpitla
kami dalam van tu, macam ayam tersepit,ops...Alhamdulillah selamat tiba di
hotel, dalam keadaan mencabar, naik van sempit,meredah hujan lebat, dan driver
bawak laju, phewww, sabo...Alhamdulillah 'ala kuli hal :), Allah mudahkan
segalanya.
Inilah kisah
kami dan Canton Tower :)
Muni_Aab @ Cik Mun,
"Renungkanlah kebesaran Allah dalam apa jua rintangan, Alhamdulillah 'ala kulli hal'
|
0 comments:
Post a Comment