Tips bermusafir.
1. Google dulu tempat yang nak dilawati
2. Tahu mata wang negara tersebut. Sebaiknya siapkan conversion table of currency exchange dalam small notebook atau telephone. Contoh: 5000Rupiah = RM1.70
3. Waktu solat dalam tempoh pemusafiran.
4. Kompas untuk arah kiblat tempat yang dilawati.
5. Belajar term2 simple untuk berkomunikasi dengan penduduk setempat, kalau dalam malaysia, boleh belajar loghat sbb sometime peniaga akan cajkan harga berbeza untuk pelancong luar. Kalau pergi luar negara, term2 macam terima kasih, sama-sama, bilangan no (1-10) etc. Ni penting kena tahu especially pergi negara yang rakyatnya kurang fasih atau tidak mampu berkomunikasi dalam English seperti negara China.
6. Sediakan wang secukupnya. Kalau syok sangat duk bershopping, tak sempat balik negara sendiri, duit dah abis, macam mana? Ada tipsnya, akan dikongsikan nanti. Sebaiknya, rancang dan allocate duit secukupnya untuk makan, shopping, souvenirs etc.
Kebanyakan item diatas boleh dicari menggunakan aplikasi dalam telefon seperti kompas dan waktu solat.
Travelog Hamba
Tips bermusafir 1
Read User's Comments0
Berjalan di bumi Allah
Natural beauty (Sunrise @ Teluk Cempedak, Sky@dawn,View@ Lake Toba, Great Wall@Beijing, Tulips@Holland, Tree@France, River@Janda Baik) |
Bumi Allah itu luas, seluas-luasnya,
Mari terokai,sampai di setiap penjuru yang mampu,
kerana dalam setiap perjalanan in shaa Allah ada hikmahnya.
" Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya,..." (Al-Mulk : 15)
Antara hikmah kembara di bumi Allah :) :
- Melihat ALAM, mengenal pencipta Alam, lalu dikembalikan segala kebesaran pada Allah,bagi mereka yang melihat dan berfikir.
- Mengambil IBRAH (pengajaran) dari sejarah Islam dan ketamudan manusia.
" Dan tidakkah mereka berjalan di bumi, lalu melihat bagaimana kesudahan orang yang sebelum mereka (yang mendustakan rasul), padahal orang itu lebih besar kekuatannya daripada mereka,." ( Surah Faatir: 44)
- Mengenal ADAT & BUDAYA penduduk setempat, lalu direfleks untuk kemajuan diri,mana yang baik dicontohi, mana yang kurang, dijadikan pengajaran.
- Menikmati MAKANAN & MINUMAN yang pastinya ada keunikan tersendiri, baik dari segi rasa mahupun persembahan makanan tersebut.
- Mencuba PENGANGKUTAN yang berbeza dari tempat sendiri.
- Melihat dan mengagumi ARCHITECTURE/ SENI BINA sesuatu binaan di tempat lain.
Yok, yok, kita mulakan langkah, terokai bumi Allah, melihat kebesaran Allah, menggunakan kudrat tubuh badan kurniaanNya, melihat dengan mata hati, lalu mensyukuri nikmatNYA =)
"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati, yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." (Al-Hajj: 46)
Travelog Hamba
Subscribe to:
Posts (Atom)