RSS

UK & Europe tour

KEMBARA DI BUMI ALLAH
(EUROPE VERSION)



Summer time @London-Scotland-France-Belgium-Holland
#1stEuropetour (Jun 2011)

KUALA LUMPUR - ENGLAND (London) - SCOTLAND (Glasgow & Edinburgh) - FRANCE (Paris & Reims) - BELGIUM (Brussels) - HOLLAND (Amsterdam) - KUALA LUMPUR

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadratNYA kerana dikurniakan kesempatan waktu dan kesihatan yang baik untuk  terus mengembara dibumi Allah melihat segala keindahan ciptaanNya. Sungguh indah, perjalanan yang begitu menarik dan bermakna. Melihat dan menyusuri  alam yang ternyata indah, mengagumi seni bina bangunan-bangunan yang unik, memerhati attitude dan meneladani kebaikkan dan keramah-tamahan mereka disana,disamping makanan yang enak lagi lazat serta dapat belajar beberapa perkara yang dapat dijadikan panduan dalam memandu kehidupan mendatang. 



********************************************************************************
Beberapa perkara yang berminat untuk saya kongsikan, Semoga sedikit sebanyak dapat menjadi panduan untuk mereka yang ingin memulakan perjalanan :)

Pertamanya, dari segi pengangkutan. Semestinya untuk sampai ke sana wajib la menaiki flight. Destinasi pertama kami ialah London, UK. Kami menempah Air Asia tiket seawal 8 bulan sebelum perjalanan. Ha, tiketnya tersangat murah dibandingkan harga biasa untuk ke sana. Boleh dikatakan harga total tiket pergi&balik  KL-LONDON & LONDON-KL tak sampai RM2000. Kebetulan waktu itu ialah waktu kemuncak, summer time. Waktu jutaan umat manusia berbondong-bondong ke sana.

Ryan Air

Jaringan pengangukatan disana juga sangat mudah lagi memudahkan. Untuk travel dari satu negara ke negara lain di UK dan Eropah,  kapal terbang dan eurotrain adalah antara 2 pilihan. Malah tiket kapal terbang tambang murah boleh dikatakan mampu beli. Seingat saya, hanya 10pound, kami dapat terbang dari London ke Scotland. Alang-alang pergi kesana, lebih baik explore ke seluruh pelosok yang termampu dek badan dan kaki. Antara flight pilihan yang available untuk jalan udara ialah Ryan Air dan Easy Jet. Manakala dari segi pengangkutan di darat, kami menggunakan eurostar train untuk travel di antara negara-negara Eropah. Tiket ini di beli secara online dari Malaysia dan terus dipos ke Malaysia. Tiket ini boleh digunakan selama 4 hari, regardless the date and can explore any countries within 4 days. Sempat la kami menggunakan tiket ini untuk explore France, Belgium dan Holland. 

Sedikit rumusan mengenai perjalanan kami dan cara pengangkutan yang dipilih:
Euro train @ Gare Du Nord station, Paris
London-Scotland (Glasgow) : Ryan Air
Scotland(Glasgow)-France (Paris): Ryan Air
France (Paris)-Belgium-Paris: Eurostar
France-Holland (Amsterdam): Eurostar (3 hours journey)
Holland (Schipol)- London (Stansted) : Easy Jet 
London-KL : Air Asia





Keduanya, mengenai penginapan. Sistem hotel di UK & Eropah adalah tidak sama seperti sistem di negara-negara Asia. Alhamdulillah, di France, kami dapat menginap di hotel mewah tetapi tiada bayaran dikenakan. Pelik ke? Ini adalah hasil menjadi ahli kelab sebuah kelab percutian. Namun di London, Scotland dan Holland, bilik mesti ditempah berdasarkah jumlah penginap. Hurm, dalam usaha penjimatan bajet, kami menempah bilik 2 orang untuk dihuni  4 orang. Tetapi langkah berjaga-jaga harus diperhatikan, jangan sampai terkantoi oleh pihak hotel. Perbuatan ini agak terkantoi di hotel di London dan akan diceritakan lebih lanjut dalam  post mengenai London (insyaAllah soon). Jadi, kami menggunakan alternatif untuk menginap di Malaysia Hall London dengan bantuan seorang rakyat Malaysia yang begitu baik hati. Namun di Scotland dan Holland, segalanya berjalan lancar.


Ketiganya dari segi makanan. Makanan-makanan halal sangat mudah didapati. Restoran-restoran Arab dan Turki agak banyak disana. Jadi, pizza dan kebab menjadi santapan utama kami disana. Dari segi harga, rasanya memang berpatutan, kerana small size pizza disana lebih besar dari regular size pizza di Malaysia dan harganya lebih kurang harga di Malaysia. Namun, air mineral disana jika ditukarkan dengan duit Malaysia agaklah mahal. Satu botol air mineral 500ml berharga 1pound (~RM5). Alang-alang membeli air mineral, sangatlah elok membeli air mineral jenis EVIAN kerana ia mempunyai kelebihan dan khasiat tersendiri. Malah harganya sangat mahal di Malaysia, lebih kurang RM7 sebotol.



Pizza @ Scotland
Nasi  goreng Turki @ Scotland



Pizza @ Amsterdam, Holland
Food @ Malaysia Hall


Hablum minannas (Hubungan manusia dengan manusia)

Perjalanan yang bermakna ialah perjalanan yang membawa kita ke dalam dunia positif yang boleh dicontohi. Saya sangat bersetuju dengan pandangan yang mengatakan orang asing lebih elok budi pekertinya. Ikatan hubungan sesama manusia disana sangat rapi. Boleh dikatakan 95% orang putih yang kami 'berhubungan' di sana sangat menghormati antara satu sama lain tanpa ada riak diskriminasi di wajah mereka baik daripada kalangan pemandu bas & teksi, pihak hotel, penjaga kaunter tiket train dan pemeriksa tiket, jurujual-jurujual di kedai, pegawai imigresen serta orang ramai yang menunjukkan arah .Wah, saya benar-benar jatuh hati dengan sikap mereka.
My brother and Scottish uncle
Di Scotland, orang-orangnya begitu ramah dan baik hati untuk memberi pertolongan. Tanpa diminta, mereka sudi menawarkan diri untuk mengambil gambar kami ketika kami 'sibuk' mengambil gambar kenangan secara bergilir-gilir. Uncle dalam gambar disebelah ialah salah seorang yang datang menawarkan pertolongan untuk mengambil gambar kami.

Situasi kedua ialah di hotel kami menginap. Seorang lelaki Scottish  yang menaiki lif yang sama untuk turun ke lobi hotel dengan 'macho'nya lagi berpewatakan
 gentleman membantu kami mengangkat 4 bagasi besar yang berat belaka hingga ke pintu utama lobi. Fuh, Allah sahaja yang tahu betapa ringannya beban kami masa tu.
Disamping itu, jurujual-jurujual di kedai di sana juga sangat menghormati pembeli, sangat berbeza dengan jurujual-jurujual di Malaysia (ops sorry, but generally, mungkin mereka kurang senyuman dan tidak mesra). Perkataan 'thank you' semacam dah melekat kat bibir mereka. Contohnya semasa di kaunter pembayaran:

::once u pass the item, salesgirl will ask"do you want a bag"..."yes"...then I gave her the money, and once again she said"thank you" ...."this is your balance and this your bag,thank you" with sincere  smile. They really appreciate their customer though u buy the cheapest thing in their shop.::

Situasi lain ialah: dalam perjalanan untuk menaiki train sambil mengheret 1 bagasi besar, seorang auntie datang sambil terkejar-kejar untuk memberitahu padlock di bahagian hadapan beg saya tidak dikunci. Niatnya sungguh murni kerana risau atau takut-takut saya terlupa kunci dan barang saya hilang atau tercicir.

Balik sahaja ke Malaysia, orang pertama yang menyambut kami ialah pegawai imigresen yang memeriksa pasport. Dek kerana dah terbiasa dengan sikap positif, senyuman dan layanan mesra daripada pegawai imigresen disana,kami
 expect the same thing here. Namun, kami sangat kecewa dengan sikap pegawai imigresen di kaunter tersebut. Senyuman saya dibalas dengan muka masam mencuka. Bukan niat untuk membuat perbandingan, namun fikir-fikirkanlah, mereka yang tidak beragama Islam pun boleh mengamalkan 'hubungan sesama manusia' jauh lebih baik daripada penganut Islam sendiri. Bezanya mereka tidak beriman kepada Allah. Semoga yang baik dapat diteladani;)

SEKIAN =)







muni_Aab (Cahaya Yang Menerangi)
"Berjalan di bumi Allah melihat kebesaranNYA"








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips bermusafir 1

Tips bermusafir.

1. Google dulu tempat yang nak dilawati
2. Tahu mata wang negara tersebut. Sebaiknya siapkan conversion table of currency exchange dalam small notebook atau telephone. Contoh: 5000Rupiah = RM1.70
3. Waktu solat dalam tempoh pemusafiran.
4. Kompas untuk arah kiblat tempat yang dilawati.
5. Belajar term2 simple untuk berkomunikasi dengan penduduk setempat, kalau dalam malaysia, boleh belajar loghat sbb sometime peniaga akan cajkan harga berbeza untuk pelancong luar. Kalau pergi luar negara, term2 macam terima kasih, sama-sama, bilangan no (1-10) etc. Ni penting kena tahu especially pergi negara yang rakyatnya kurang fasih atau tidak mampu berkomunikasi dalam English seperti negara China.
6. Sediakan wang secukupnya. Kalau syok sangat duk bershopping, tak sempat balik negara sendiri, duit dah abis, macam mana? Ada tipsnya, akan dikongsikan nanti. Sebaiknya, rancang dan allocate duit secukupnya untuk makan, shopping, souvenirs etc.

Kebanyakan item diatas boleh dicari menggunakan aplikasi dalam telefon seperti kompas dan waktu solat.

Travelog Hamba

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berjalan di bumi Allah

Natural beauty
 (Sunrise @ Teluk Cempedak, Sky@dawn,View@ Lake Toba, Great Wall@Beijing,
 Tulips@Holland, Tree@France, River@Janda Baik)
Bismillahirahmanirahim

Bumi Allah itu luas, seluas-luasnya,
Mari terokai,sampai di setiap penjuru yang mampu,
kerana dalam setiap perjalanan in shaa Allah ada hikmahnya.

" Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya,..." (Al-Mulk : 15) 

Antara hikmah kembara di bumi Allah :) :
  • Melihat ALAM, mengenal pencipta Alam, lalu dikembalikan segala kebesaran pada Allah,bagi mereka yang melihat dan berfikir.
  • Mengambil IBRAH (pengajaran) dari sejarah Islam dan ketamudan manusia.
           " Dan tidakkah mereka berjalan di bumi, lalu melihat bagaimana kesudahan orang yang sebelum mereka (yang                 mendustakan rasul), padahal orang itu lebih besar kekuatannya daripada mereka,." ( Surah Faatir: 44)
  • Mengenal ADAT & BUDAYA penduduk setempat, lalu direfleks untuk kemajuan diri,mana yang baik dicontohi, mana yang kurang, dijadikan pengajaran.
  • Menikmati MAKANAN & MINUMAN yang pastinya ada keunikan tersendiri, baik dari segi rasa mahupun persembahan makanan tersebut.
  • Mencuba PENGANGKUTAN yang berbeza dari tempat sendiri.
  • Melihat dan mengagumi ARCHITECTURE/ SENI BINA sesuatu binaan di tempat lain.

Yok, yok, kita mulakan langkah, terokai bumi Allah, melihat kebesaran Allah, menggunakan kudrat tubuh badan kurniaanNya, melihat dengan mata hati,  lalu mensyukuri nikmatNYA =)

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati, yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." (Al-Hajj: 46)


Travelog Hamba

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS